Saturday, July 19, 2014

MH17 TERHEMPAS

MH17 TERHEMPAS


Assalamualaikum.


Pada  malam Khamis 17 Julai 2014 dunia dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH 017 terhempas di Kiev sempadan Ukraine dan Russia dipercayai ditembak dengan peluru berpandu. Sehingga nota ini ditulis rakyat Malaysia yang menjadi mangsa seramai 44 orang termasuk 15 anak kapal. 
BELANDA 192, 44 rakyat MALAYSIA termasuk 15 anak kapal dan 2 orang bayi, AUSTRALIA 27, INDONESIA 12, UNITED KINGDOM 10, JERMAN 4, BELGIUM 4, FILIPINA 3, KANADA 1, NEW ZEALAND 1. Kesemuanya sebanyak 298 mangsa.


ALFATIHAH

Tuesday, April 15, 2014

TAZKIRAH 2014

SELASA 15 APRIL 2014 bersamaan 15 JAMADIL AKHIR 1435H aku membaca tazkirah buat kali kedua sepanjang aku berkhidmat di sini. Tazkirah aku kali ini mengenai SASARAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF.

1. Letakkan kenderaan anda jauh dari tempat kerja.
2. Berjalan ke meja rakan untuk berurusan. Minimumkan penggunaan telefon.
3. Jika mempunyai urusan di sekitar tempat bekerja, ambil peluang untuk berjalan kaki.
4. Luangkan masa 5 hingga 10 minit pada waktu rehat untuk berjalan di kawasan pejabat.
5. Jika bekerja di bangunan bertingkat, gunakan separuh perjalanan menaiki lif dan separuh lagi menggunakan tangga.
6. Jika di rumah, kurangkan penggunaan alat kawalan jauh televisyen.
7. Berjalan lebih pantas.
8. Naik turun tangga.
9. Lebih kerap bersukan dan bersenam.

Monday, March 24, 2014

MH370

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa terlalu banyak post mengenai MH370. Ini semua sebagai peringatan pada diri ini dan juga pembaca blog ctinah-cakes bahawa tragedi ini terlalu memilukan.

Umat Islam perlu ambil iktibar kehilangan MH370. Jika musibah yang menimpa tidak sama sekali mengetuk pintu hati untuk menginsafi diri, pastinya terdapat sesuatu yang tidak kena.