Showing posts with label DOA BUAT MH370. Show all posts
Showing posts with label DOA BUAT MH370. Show all posts

Monday, March 17, 2014

HASIL NUKILAN SI KEMBAR

Tahniah ALYA dan ILYA. Ngah bangga dengan kitak duak. Kecil-kecil dah prihatin.





Tuesday, March 11, 2014

DOA BUAT MH370

Hari ini adalah hari Rabu 12hb Mac 2014 bersamaan  10 Jamadil Awal 1435H,  hari kelima (5) kehilangan  pesawat MH370 masih menjadi misteri. Hingga saat dan tika ini masih belum ada perkembangan terbaru.


Ya Allah wahai Tuhan kami. Yang Maha Berkuasa. Rahman dan Rahim Mu Ya Allah. Tunjukkan pada kami, kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus untuk memastikan pesawat MH370 itu dijumpai. Berikan kepada kami dan mereka itu pedoman dan panduan Ya Allah, untuk kami mengesannya kerana sesungguhnya kami mengaku kami tiada kuasa, tiada upaya melainkan yang datang petunjuk, kuasa dan panduan dari Mu Ya Allah.
 NOOH GADUT
Penasihat Sekretariat Selawat Perdana

DOA BUAT MH370

DOA BUAT MH370


Assalamualaikum
Aku terpanggil untuk mencoret sesuatu. Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada pagi Sabtu 8hb Mac 2014 bersamaan 6 Jamadilawal 1435H. 

Berikut adalah perjalanan pesawat MH370.

12.41 pagi pesawat berlepas dari KLIA
6.30 pagi dijangka tiba di Beijing, China Sabtu 8hb Mac 2014.
2.40 pagi pesawat dikhuatiri hilang di Laut China Selatan


MH370 membawa 239 penumpang dari 14 negara termasuk 12 anak kapal. Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China ( 152 )  termasuk seorang bayi, Indonesia ( 7 ), Australia ( 7 ), India ( 5 ), Perancis ( 4 ), Amerika Syarikat ( 3 termasuk seorang bayi, New Zealand ( 2 ), Ukraine ( 2 ), Kanada ( 2 ), Rusia ( 1 ), Itali ( 1 ), Taiwan ( 1 ), Belanda ( 1 ) dan Austria ( 1 ).


Bekalan minyak pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) MH370 hanya mampu bertahan sehingga pukul 8.15 pagi.


Marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang termasuk anak kapal berada di dalam keadaan selamat.Kita mengharapkan yang terbaik dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal diterima.


Petikan berita di atas diambil dari akhbar Mingguan Malaysia ahad 9hb Mac 2014.