DOA BUAT MH370
DOA BUAT MH370
Assalamualaikum
Aku terpanggil untuk mencoret sesuatu. Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada pagi Sabtu 8hb Mac 2014 bersamaan 6 Jamadilawal 1435H.
Berikut adalah perjalanan pesawat MH370.
12.41 pagi pesawat berlepas dari KLIA
6.30 pagi dijangka tiba di Beijing, China Sabtu 8hb Mac 2014.
2.40 pagi pesawat dikhuatiri hilang di Laut China Selatan
MH370 membawa 239 penumpang dari 14 negara termasuk 12 anak kapal. Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China ( 152 ) termasuk seorang bayi, Indonesia ( 7 ), Australia ( 7 ), India ( 5 ), Perancis ( 4 ), Amerika Syarikat ( 3 termasuk seorang bayi, New Zealand ( 2 ), Ukraine ( 2 ), Kanada ( 2 ), Rusia ( 1 ), Itali ( 1 ), Taiwan ( 1 ), Belanda ( 1 ) dan Austria ( 1 ).
Bekalan minyak pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) MH370 hanya mampu bertahan sehingga pukul 8.15 pagi.
Marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang termasuk anak kapal berada di dalam keadaan selamat.Kita mengharapkan yang terbaik dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal diterima.
Petikan berita di atas diambil dari akhbar Mingguan Malaysia ahad 9hb Mac 2014.
No comments:
Post a Comment