MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI
Assalamualaikum. Hari ini Selasa 25 Mac 2014 bersamaan 23 Jamadil Awal 1435H merupakan hari ke18 pencarian MH370. Setelah 17 hari dunia menunggu tanpa kepastian, misteri kehilangan pesawat MH370 terjawab apabila pesawat itu disahkan berakhir di Lautan Hindi di barat Perth Australia.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berdasarkan data Inmarsat dan Cabang Siasatan Kemalangan Udara ( AAIB ) United Kingdom yang merumuskan pesawat itu berakhir di kawasan terpencil yang tiada sebarang kawasan mendarat.
Perdana Menteri berkata, Inmarsat dan AAIB menggunakan sejenis analisis yang tidak pernah dibuat sebelum ini yang mampu memberi petunjuk lebih jelas bahawa pesawat MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Penantian selama 17 hari berakhir sudah, menambah lagi keperitan di hati waris mangsa MH370, penumpang dan anak kapal. Takziah buat keluarga mereka.
Walaubagaimanapun kita masih mengharapkan keajaiban akan berlaku.
Juruterbang berpengalaman, Kapten Nik Ahmad Nik Hussain berkata kebarangkalian untuk penumpang MH370 selamat masih ada harapan, namun amat tipis. Apa yang boleh kita harapkan hanyalah keajaiban di tengah-tengah laut yang luas itu. Jaket keselamatan cukup untuk menampung 300 penumpand dan rakit keselamatan pula ada lapan buah untuk menghadapi situasi di tengah-tengah laut.
Petikan akhbar UTUSAN MALAYSIA Selasa 25 Mac 2014.
Al-Fatihah kepada semua penumpang dan kabin krew pesawat MH370. Takziah kepada keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment