Monday, October 15, 2012
MALASNYA G KERJA
Hari ini aku kena kerja walaupun sampai jam 1.30 pagi tadi. Aku ponteng tazkirah buat pertama kalinya kerana aku sakit kepala dan belum bersedia bertemu dengan orang-orang kat institut ni. Tengok bangunan dah tension. Setelah seminggu aku dapat release tension. Dua hari terakhir pun aku dah terasa risau macamana nak mengadap muka orang-orang kat sini. Hari-hari asyik jumpa muka tu aja, at least pergi kursus dapat juga tengok muka-muka baru. Bayangkanlah hari-hari tazkirah setengah jam, pastu ada event apa-apa dengan orang tu jugak, kursus pun dengan muka tu juga, tak boring namanya.
Monday, August 20, 2012
RAYA KETIGA DAH KERJA
Assalamualaikum. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN dari ctinah-cakes sekeluarga. Hari ini SELASA 21hb Ogos 2012 merupakan raya ketiga. aku dah mula bekerja bersama 6 staf Melayu lainnya dan seorang staf kaum India. Tapi aku tak masuk ke bilik aku, tumpang bilik pegawai perhubungan pelanggan. Sebab aku rasa membazir aircond dan elektrik jika aku sorang saja kat sana. Hari ini dah 2 hari aku berpuasa, Insya Allah.
Hari raya pertama keluarga aku memasak mee rebus tapi aku tak makan sebab tak jumpa mee kuning yang selalu kami gunakan. Terpaksa guna mee kuning suria. Aku tak makan mee ini sebab berbau. Pagi aku cuma makan nasi ayam di rumah sepupu aku, petang makan lontong pemberian jiran. Raya kali ini banyak sungguh koleksi ketupat daun palas. Aku lebih suka menikmati kudapan ringan seperti kerepek dan biskut. Aku seronok melihat pelbagai biskut di rumah yang aku kunjungi.
Hari raya kedua menu mee goreng di sebelah petangnya.

Wednesday, July 4, 2012
SENARAI BISKUT DAN KEK 2012
Tuesday, July 3, 2012
TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012 DIBUKA
Assalamualaikum
Tempahan biskut dan kek lapis untuk musim raya 2012 telah dibuka. Untuk sebarang tempahan boleh sms KCT 012-4142089
Tempahan biskut dan kek lapis untuk musim raya 2012 telah dibuka. Untuk sebarang tempahan boleh sms KCT 012-4142089