Monday, August 20, 2012

RAYA KETIGA DAH KERJA

Assalamualaikum. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN dari ctinah-cakes sekeluarga. Hari ini SELASA 21hb Ogos 2012 merupakan raya ketiga. aku dah mula bekerja bersama 6 staf Melayu lainnya dan seorang staf kaum India. Tapi aku tak masuk ke bilik aku, tumpang bilik pegawai perhubungan pelanggan. Sebab aku rasa membazir aircond dan elektrik jika aku sorang saja kat sana. Hari ini dah 2 hari aku berpuasa, Insya Allah.

Hari raya pertama keluarga aku memasak mee rebus tapi aku tak makan sebab tak jumpa mee kuning yang selalu kami gunakan. Terpaksa guna mee kuning suria. Aku tak makan mee ini sebab berbau. Pagi aku cuma makan nasi ayam di rumah sepupu aku, petang makan lontong pemberian jiran. Raya kali ini banyak sungguh koleksi ketupat daun palas. Aku lebih suka menikmati kudapan ringan seperti kerepek dan biskut. Aku seronok melihat pelbagai biskut di rumah yang aku kunjungi.

Hari raya kedua menu mee goreng di sebelah petangnya.