Apasal la orang suka main bomoh. Tak takut dengan Allah ke? Korang ingat korang tak akan terima balasannya. Korang pun ada saudara perempuan kan.. Yang gatal bomohkan aku tu buat apa. apa faedah yang korang dapat. Tak apalah aku insan pemaaf, aku maafkan kamu. Tapi jangan harap aku nak tengok muka dan suara kamu.
Hari ini aku kena kerja walaupun sampai jam 1.30 pagi tadi. Aku ponteng tazkirah buat pertama kalinya kerana aku sakit kepala dan belum bersedia bertemu dengan orang-orang kat institut ni. Tengok bangunan dah tension. Setelah seminggu aku dapat release tension. Dua hari terakhir pun aku dah terasa risau macamana nak mengadap muka orang-orang kat sini. Hari-hari asyik jumpa muka tu aja, at least pergi kursus dapat juga tengok muka-muka baru. Bayangkanlah hari-hari tazkirah setengah jam, pastu ada event apa-apa dengan orang tu jugak, kursus pun dengan muka tu juga, tak boring namanya.