Friday, August 16, 2013

BISKUT RAYA AIDILFITRI 2013

Antara biskut raya buatan adik aku adalah BISKUT CADBURY, TAT NENAS, SNOW BALL, CHOCOLATE SHORTBREAD,

KEK LAPIS SARAWAK

Aku terlupa upload gambar kek lapis yang dibuat oleh adik aku sempena hari raya aidil fitri yang lalu. Antara kek lapis yang dibuat oleh adik aku adalah KEK LAPIS INDIA, KEK KAYA TEBAL, KEK HARIMAU MALAYA, KEK LAPIS OREO manakala adik aku juga menempah KEK HAI PARI dan KEK LAPIS SUSU.

IKAN TERUBUK MASIN

Aku juga membeli ikan terubuk masin di Kampung Boyan berdekatan juga dengan MIRA CAKE HOUSE. Mana tak lalat berkunjung di kedai kek itu.

MIRA CAKE HOUSE

Tadi aku pergi kampung untuk mencari kek lapis di MIRA CAKE HOUSE. Aku membeli 7 loaf kek lapis. MIRA CAKE HOUSE boleh membungkus kek lapis dalam kotak mengikut aturan begini

5 loaf kek lapis
7 loaf kek lapis
14 loaf kek lapis ( kotak sederhana )
20 loaf kek lapis ( kotak besar )

1 loaf kek lapis berharga RM10.
Harga  KEK LAPIS INDIA dan KEK LAPIS SISIK IKAN adalah RM20 satu loaf

KUIH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK

Antara kuih tradisional yang pasti ku bawa pulang sekiranya aku balik beraya di Kuching adalah kuih bangkit dan kuih cincin. Tapi sayangnya kuih cincin sudah habis stok. Tinggal kuih bangkit bijan sahaja, manakala kuih bangkit bunga pun tidak ada. Cari gula apong di CHOICE MALL pun tidak ada.

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Kelmarin aku membuat AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO. Tapi sayang gambar tak sempat diambil sebab habis dimakan oleh si kembar comel.

Thursday, August 15, 2013

KUBAH RIA

KUBAH RIA merupakan tapak baru bagi peniaga-peniaga di PASAR SATOK yang merupakan tempat tumpuan warga Malaysia untuk membeli belah. Macam-macam ada di Kubah Ria ini. Pasar basah a.k.a. ikan, ayam di bahagian berasingan. Tempat sayur-sayuran dan hasil hutan di bahagian lain. Kek lapis pun ada dijual juga.

INDIA STREET

Kelmarin aku ke INDIA STREET bersama adik aku dan anak saudara aku selaku pemandu untuk mencari kain batik pua. Persediaan hari raya tahun depan. Aauwww...lawak ada....Tak ada lah aku beli untuk pakaian harian aku ke tempat kerja daaa....Sengaja aku bawa sikit saja duit...itupun habis rm300 bah....Kalau ada banyak duit habis la aku borong satu kedai...

ESOK AKU BALIK

Esok 17 Ogos 2013 aku akan kembali semula ke Semenanjung. Di Kuching sejak pagi tadi hujan turun mungkin menandakan kesedihan kerana aku akan tinggalkan Kuching. Aku pun turut sedih. Bersaksikan dua peminat setia aku yang sentiasa menyibuk ketika aku sedang membuat posting ini.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

14 OGOS 2013 merupakan ulangtahun aku yang ke.....BIARLAH RAHSIA....Aku berpuasa sunat sempena harijadi aku...Tapi aku meraikannya pada hari Khamis 15 Ogos 2013 kerana di Sarawak pada tarikh harijadi aku merupakan hari terakhir beraya jadi tentulah kelam kabut sikit

Monday, August 5, 2013

TAT NENAS GEBU

TAT NENAS GEBU




Tat nenas gebu sebelum disapu kuning telur dan dibakar