Saturday, October 19, 2013

RITZ GARDEN HOTEL

KURSUS PEMBANGUNAN STAF 1/2013


Pada 22-25 Mac 2013 yang lalu IABU telah mengadakan kursus pembangunan staf 1/2013 bertempat di RITZ GARDEN HOTEL, IPOH, PERAK.

Di bawah ini antara gambar yang sempat diambil



Friday, August 16, 2013

BISKUT RAYA AIDILFITRI 2013

Antara biskut raya buatan adik aku adalah BISKUT CADBURY, TAT NENAS, SNOW BALL, CHOCOLATE SHORTBREAD,

KEK LAPIS SARAWAK

Aku terlupa upload gambar kek lapis yang dibuat oleh adik aku sempena hari raya aidil fitri yang lalu. Antara kek lapis yang dibuat oleh adik aku adalah KEK LAPIS INDIA, KEK KAYA TEBAL, KEK HARIMAU MALAYA, KEK LAPIS OREO manakala adik aku juga menempah KEK HAI PARI dan KEK LAPIS SUSU.

IKAN TERUBUK MASIN

Aku juga membeli ikan terubuk masin di Kampung Boyan berdekatan juga dengan MIRA CAKE HOUSE. Mana tak lalat berkunjung di kedai kek itu.

MIRA CAKE HOUSE

Tadi aku pergi kampung untuk mencari kek lapis di MIRA CAKE HOUSE. Aku membeli 7 loaf kek lapis. MIRA CAKE HOUSE boleh membungkus kek lapis dalam kotak mengikut aturan begini

5 loaf kek lapis
7 loaf kek lapis
14 loaf kek lapis ( kotak sederhana )
20 loaf kek lapis ( kotak besar )

1 loaf kek lapis berharga RM10.
Harga  KEK LAPIS INDIA dan KEK LAPIS SISIK IKAN adalah RM20 satu loaf

KUIH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK

Antara kuih tradisional yang pasti ku bawa pulang sekiranya aku balik beraya di Kuching adalah kuih bangkit dan kuih cincin. Tapi sayangnya kuih cincin sudah habis stok. Tinggal kuih bangkit bijan sahaja, manakala kuih bangkit bunga pun tidak ada. Cari gula apong di CHOICE MALL pun tidak ada.

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Kelmarin aku membuat AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO. Tapi sayang gambar tak sempat diambil sebab habis dimakan oleh si kembar comel.

Thursday, August 15, 2013

KUBAH RIA

KUBAH RIA merupakan tapak baru bagi peniaga-peniaga di PASAR SATOK yang merupakan tempat tumpuan warga Malaysia untuk membeli belah. Macam-macam ada di Kubah Ria ini. Pasar basah a.k.a. ikan, ayam di bahagian berasingan. Tempat sayur-sayuran dan hasil hutan di bahagian lain. Kek lapis pun ada dijual juga.

INDIA STREET

Kelmarin aku ke INDIA STREET bersama adik aku dan anak saudara aku selaku pemandu untuk mencari kain batik pua. Persediaan hari raya tahun depan. Aauwww...lawak ada....Tak ada lah aku beli untuk pakaian harian aku ke tempat kerja daaa....Sengaja aku bawa sikit saja duit...itupun habis rm300 bah....Kalau ada banyak duit habis la aku borong satu kedai...

ESOK AKU BALIK

Esok 17 Ogos 2013 aku akan kembali semula ke Semenanjung. Di Kuching sejak pagi tadi hujan turun mungkin menandakan kesedihan kerana aku akan tinggalkan Kuching. Aku pun turut sedih. Bersaksikan dua peminat setia aku yang sentiasa menyibuk ketika aku sedang membuat posting ini.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

14 OGOS 2013 merupakan ulangtahun aku yang ke.....BIARLAH RAHSIA....Aku berpuasa sunat sempena harijadi aku...Tapi aku meraikannya pada hari Khamis 15 Ogos 2013 kerana di Sarawak pada tarikh harijadi aku merupakan hari terakhir beraya jadi tentulah kelam kabut sikit

Monday, August 5, 2013

TAT NENAS GEBU

TAT NENAS GEBU




Tat nenas gebu sebelum disapu kuning telur dan dibakar


Tuesday, July 16, 2013

BLOG RESEPICTINAH

Ini blog resepi aku http://resepictinah.blogspot.com/. insya Allah aku akan cuba merajinkan diri untuk meletakkan resepi terbaru

Monday, July 15, 2013

BISKUT RED PEARL

BISKUT RED PEARL


BISKUT RED PEARL
Sebekas lebih kurang 45biji RM25.
Tempahan di Kedah sahaja buat masa ini. Insya Allah raya haji akan diambil tempahan biskut ini di Kuching dan kawasan yang sewaktu dengannya

Wednesday, July 3, 2013

KEK DURIAN

KEK DURIAN








Resepi ada di blog satu lagi http://resepictinah.blogspot.com. Kek ini memang gebu dan lembut.

Tuesday, July 2, 2013

BISKUT RAYA 2013

BISKUT RAYA 2013



BISKUT OREO


Sebekas ada lebih kurang 45 biji RM25
Untuk tempahan , hubungi SITI 012-4142089
Maaf di Kuching belum ambil lagi tempahan biskut ini. Insya Allah raya tahun depan.

Saturday, June 29, 2013

TEMPAHAN 2013

Sebarang tempahan hanya akan dilakukan pada hujung minggu sahaja. Deposit 50% akan dikenakan untuk setiap tempahan. Caj penghantaran akan dikenakan untuk di luar kawasan Petra Jaya.

Harap maklum.

Tuesday, June 4, 2013

JALAN-JALAN G TERENGGANU MEI 2013

Pada Jumaat 24mei-26mei aku sekeluarga telah pergi bercuti ke Terengganu dan kelantan. Kami berkonvoi 2 buah kereta Alza dan Viva. Kami bertolak sesudah subuh pagi Jumaat.






Ini adalah sebahagian dari gambar yang ku ambil sepanajang di Terengganu.

SENARAI HARGA KEK DAN BISKUT 2013

SENARAI HARGA BISKUT RAYA AIDILFITRI 2013


SHORTBREAD RM38

SNOWBALL     RM25


SILA HUBUNGI NOOR 012-8813470 UNTUK TEMPAHAN DI SEKITAR KUCHING. UNTUK KAWASAN LUAR PETRA JAYA AKAN DIKENAKAN KOS PENGHANTARAN.

Sunday, May 12, 2013

TAZKIRAH PAGI ISNIN 13 MEI 2013

Hari ni dalam sejarah pertama kali aku bagi tazkirah. Menggigil usah dikata berhari-hari lamanya perasaan itu bersarang dalam diriku. Pagi tadi aku beli nasi untuk sarapan dulu sebagai hadiah aku berjaya baca tazkirah. Tazkirah aku berkenaan langkah. Di bawah adalah topik yang aku baca pagi tadi.

3 CARA TAMBAHKAN LANGKAH

Tidak dinafikan bahawa aktiviti berjalan kaki mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan anda. namun, kadang-kadang masa menjadi penghalang bagi anda melakukan aktiviti tersebut setiap hari.  Namun begitu, anda mungkin boleh mencuba langkah-langkah berikut yang lebih baik, malah anda boleh langsing dengan cepat :

Jangan ambil jalan dekat
Letakkan kenderaan lebih kurang 10,000 langkah dari pejabat anda. ( yang ni aku saja tokok tambah bagi menceriakan majlis ha..ha...ha...semua ketawakan aku)
Gunakan jalan yang lebih jauh untuk anda ke tandas di dalam pejabat atau pun mahu bergerak ke pintu masuk pusat membeli belah.

Hantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki
Anda dapat meningkatkan langkah anda dan pada masa yang sama dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Jangan ambil lif
Tangga dapat membakar kalori anda dengan lebih cepat dan banyak !

Saturday, May 11, 2013

Assalamualaikum
Dah lama betul aku tak update blog ni. Kali ni aku nak bercerita mengenai hotel TAHA D'MUTIARA, kompleks tabung haji bayan lepas.


ini bilik mandi




tempat ambil wudhu






parking lot

sejadah juga disediakan




malam tak ada buffet, so kena order goreng-goreng aje. aku order nasi goreng paprik