Sunday, May 12, 2013

TAZKIRAH PAGI ISNIN 13 MEI 2013

Hari ni dalam sejarah pertama kali aku bagi tazkirah. Menggigil usah dikata berhari-hari lamanya perasaan itu bersarang dalam diriku. Pagi tadi aku beli nasi untuk sarapan dulu sebagai hadiah aku berjaya baca tazkirah. Tazkirah aku berkenaan langkah. Di bawah adalah topik yang aku baca pagi tadi.

3 CARA TAMBAHKAN LANGKAH

Tidak dinafikan bahawa aktiviti berjalan kaki mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan anda. namun, kadang-kadang masa menjadi penghalang bagi anda melakukan aktiviti tersebut setiap hari.  Namun begitu, anda mungkin boleh mencuba langkah-langkah berikut yang lebih baik, malah anda boleh langsing dengan cepat :

Jangan ambil jalan dekat
Letakkan kenderaan lebih kurang 10,000 langkah dari pejabat anda. ( yang ni aku saja tokok tambah bagi menceriakan majlis ha..ha...ha...semua ketawakan aku)
Gunakan jalan yang lebih jauh untuk anda ke tandas di dalam pejabat atau pun mahu bergerak ke pintu masuk pusat membeli belah.

Hantar anak ke sekolah dengan berjalan kaki
Anda dapat meningkatkan langkah anda dan pada masa yang sama dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Jangan ambil lif
Tangga dapat membakar kalori anda dengan lebih cepat dan banyak !

No comments:

Post a Comment