Saturday, July 19, 2014
Tuesday, April 15, 2014
TAZKIRAH 2014
SELASA 15 APRIL 2014 bersamaan 15 JAMADIL AKHIR 1435H aku membaca tazkirah buat kali kedua sepanjang aku berkhidmat di sini. Tazkirah aku kali ini mengenai SASARAN 10,000 LANGKAH SEHARI UNTUK HIDUP AKTIF.
1. Letakkan kenderaan anda jauh dari tempat kerja.
2. Berjalan ke meja rakan untuk berurusan. Minimumkan penggunaan telefon.
3. Jika mempunyai urusan di sekitar tempat bekerja, ambil peluang untuk berjalan kaki.
4. Luangkan masa 5 hingga 10 minit pada waktu rehat untuk berjalan di kawasan pejabat.
5. Jika bekerja di bangunan bertingkat, gunakan separuh perjalanan menaiki lif dan separuh lagi menggunakan tangga.
6. Jika di rumah, kurangkan penggunaan alat kawalan jauh televisyen.
7. Berjalan lebih pantas.
8. Naik turun tangga.
9. Lebih kerap bersukan dan bersenam.

Monday, March 24, 2014
MH370
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa terlalu banyak post mengenai MH370. Ini semua sebagai peringatan pada diri ini dan juga pembaca blog ctinah-cakes bahawa tragedi ini terlalu memilukan.
Umat Islam perlu ambil iktibar kehilangan MH370. Jika musibah yang menimpa tidak sama sekali mengetuk pintu hati untuk menginsafi diri, pastinya terdapat sesuatu yang tidak kena.
MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI
Assalamualaikum. Hari ini Selasa 25 Mac 2014 bersamaan 23 Jamadil Awal 1435H merupakan hari ke18 pencarian MH370. Setelah 17 hari dunia menunggu tanpa kepastian, misteri kehilangan pesawat MH370 terjawab apabila pesawat itu disahkan berakhir di Lautan Hindi di barat Perth Australia.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berdasarkan data Inmarsat dan Cabang Siasatan Kemalangan Udara ( AAIB ) United Kingdom yang merumuskan pesawat itu berakhir di kawasan terpencil yang tiada sebarang kawasan mendarat.
Perdana Menteri berkata, Inmarsat dan AAIB menggunakan sejenis analisis yang tidak pernah dibuat sebelum ini yang mampu memberi petunjuk lebih jelas bahawa pesawat MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Penantian selama 17 hari berakhir sudah, menambah lagi keperitan di hati waris mangsa MH370, penumpang dan anak kapal. Takziah buat keluarga mereka.
Walaubagaimanapun kita masih mengharapkan keajaiban akan berlaku.
Juruterbang berpengalaman, Kapten Nik Ahmad Nik Hussain berkata kebarangkalian untuk penumpang MH370 selamat masih ada harapan, namun amat tipis. Apa yang boleh kita harapkan hanyalah keajaiban di tengah-tengah laut yang luas itu. Jaket keselamatan cukup untuk menampung 300 penumpand dan rakit keselamatan pula ada lapan buah untuk menghadapi situasi di tengah-tengah laut.
Petikan akhbar UTUSAN MALAYSIA Selasa 25 Mac 2014.
Al-Fatihah kepada semua penumpang dan kabin krew pesawat MH370. Takziah kepada keluarga mereka.
Saturday, March 22, 2014
MH370 HILANG
Berikut adalah petikan BERITA HARIAN Jumaat 14 mac 2014 bersamaan 12 Jamadilawal 1435H.
DAKWAAN MH370 meletup
Jawapan : Satelit pengintip Amerika Syarikat tak kesan sebarang letupan ketika pesawat hilang.
SATELIT CHINA KESAN OBJEK DI LAUT CHINA SELATAN.
Jawapan : Kedutaan China di Malaysia kata ia kesilapan.
Dakwaan MH370 meneruskan penerbangan 4 jam selepas hilang.
Jawapan : BOEING, ROLLS rOYCE TIADA DATA MENGENAINYA.
Sama ada MH370 menghantar isyarat TANGO ( sabotaj )
Jawapan : DCA kata tiada isyarat sedemikian daripada juruterbang.
Amaran FAA mengenai FIUSLAJ BOEING 777.
Jawapan : MH370 sudah melalui pemeriksaan rapi, penyelenggaraan terakhir 23 Feb 2014.
Dakwaan SAR dikurangkan.
Jawapan : Hishamuddin kata tidak benar malah diperluaskan.

Tuesday, March 18, 2014
FASA BAHARU
Usaha mencari MH370 kini memasuki fasa baharu.
Setelah 8 hari buntu, operasi mencari MH370 semalam mendapat petunjuk baharu yang sekali gus memberi harapan untuk menemukan semula pesawat 239 penumpang itu dan menjawab beberapa misteri.
Tumpuan mencari kini difokuskan di dua koridor - utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand dan selatan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi. Operasi di laut China Selatan dihentikan.
Antara negara terbabit termasuk Kazakhstan, Bangladesh, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Thailand, Indonesia, Australia, Perancis untuk meminta kerjasama mengenai kaedah terbaik menghantar aset ke dua koridor terbabit.
Malaysia juga sedang meminta negara berkenaan memberikan bantuan tambahan bagi mencari pesawat MH370 termasuk data dan analisis satelit, data radar, keupayaan pencarian darat, aset udara dan air.
Negara yang menyertai operasi meningkat dari 14 kepada 25.
petikan MINGGUAN MALAYSIA Ahad 16 Mac 2014 bersamaan 14 Jamadilawal 1435H.

Monday, March 17, 2014
PETUNJUK BAHARU
1. Seseorang dalam pesawat telah matikan sistem komunikasi termasuk transponder MH370 sebelum masuki Vietnam.
2. Laluan pesawat melencong ke Semenanjung Malaysia dan menghala barat laut dengan pergerakan konsisten.
3. Data komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8.11 pagi 8 Mac 2014
2. Laluan pesawat melencong ke Semenanjung Malaysia dan menghala barat laut dengan pergerakan konsisten.
3. Data komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8.11 pagi 8 Mac 2014
MISTERI KEHILANGAN MH370
8 Mac dilaporkan hilang
8 hari belum dikesan
12 anak kapal
227 penumpang
14 negara menyertai operasi SAR
57 kapal jejak MH370
50 pesawat cari MH370
petikan BERITA HARIAN
8 hari belum dikesan
12 anak kapal
227 penumpang
14 negara menyertai operasi SAR
57 kapal jejak MH370
50 pesawat cari MH370
petikan BERITA HARIAN
PENCARIAN MAKIN LUAS
Di lautan, daratan rentas negara, SAR babit 25 negara.
Perwakilan 22 negara diberi taklimat bantu sokongan data satelit awam, radar utama dan kecil.
Data mendapati MH370 berhubung 6 kali dengan satelit pada 8 Mac 2014. Pakar kini kaji laluan mungkin digunakan pesawat.
petikan BERITA HARIAN Isnin 17 Mac 2014 bersamaan 15 Jamadilawal 1435H.

Tuesday, March 11, 2014
DOA BUAT MH370
Hari ini adalah hari Rabu 12hb Mac 2014 bersamaan 10 Jamadil Awal 1435H, hari kelima (5) kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri. Hingga saat dan tika ini masih belum ada perkembangan terbaru.
Ya Allah wahai Tuhan kami. Yang Maha Berkuasa. Rahman dan
Rahim Mu Ya Allah. Tunjukkan pada kami, kepada mereka yang sedang
bertungkus-lumus untuk memastikan pesawat MH370 itu dijumpai. Berikan kepada
kami dan mereka itu pedoman dan panduan Ya Allah, untuk kami mengesannya kerana
sesungguhnya kami mengaku kami tiada kuasa, tiada upaya melainkan yang datang petunjuk,
kuasa dan panduan dari Mu Ya Allah.
NOOH GADUT
Penasihat Sekretariat Selawat Perdana
DOA BUAT MH370
DOA BUAT MH370
Assalamualaikum
Aku terpanggil untuk mencoret sesuatu. Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada pagi Sabtu 8hb Mac 2014 bersamaan 6 Jamadilawal 1435H.
Berikut adalah perjalanan pesawat MH370.
12.41 pagi pesawat berlepas dari KLIA
6.30 pagi dijangka tiba di Beijing, China Sabtu 8hb Mac 2014.
2.40 pagi pesawat dikhuatiri hilang di Laut China Selatan
MH370 membawa 239 penumpang dari 14 negara termasuk 12 anak kapal. Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China ( 152 ) termasuk seorang bayi, Indonesia ( 7 ), Australia ( 7 ), India ( 5 ), Perancis ( 4 ), Amerika Syarikat ( 3 termasuk seorang bayi, New Zealand ( 2 ), Ukraine ( 2 ), Kanada ( 2 ), Rusia ( 1 ), Itali ( 1 ), Taiwan ( 1 ), Belanda ( 1 ) dan Austria ( 1 ).
Bekalan minyak pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) MH370 hanya mampu bertahan sehingga pukul 8.15 pagi.
Marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang termasuk anak kapal berada di dalam keadaan selamat.Kita mengharapkan yang terbaik dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal diterima.
Petikan berita di atas diambil dari akhbar Mingguan Malaysia ahad 9hb Mac 2014.
Tuesday, March 4, 2014
HARGA KEK LAPIS 2014
HARGA KEK LAPIS 2014
Assalamualaikum. Maafkan aku kerana aku jarang sekali mengemaskini blog aku ni. Aku memang tiada masa untuk melakukannya.
Berikut adalah harga kek lapis untuk tahun 2014.Oleh kerana telah berlaku peningkatan harga bahan-bahan kek maka kek lapis buatan asli ibuku terpaksa juga dinaikkan harga.
KEK LAPIS MASAM MANIS RM50
KEK LAPIS SUSU RM50
KEK LAPIS HIJAU RM60
Sebarang tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum proses pembuatan. Tempahan di saat terakhir tidak akan dilayan.
Boleh hubungi SITI 012-4142089
Tuesday, February 18, 2014
VANILLA MOIST CUPCAKE LAGII
VANILLA MOIST CUPCAKE percubaan yang kedua. Aku sedekah untuk anak OKU di perumahan sebelah. Sebab itu aku buat warna warni
RAINBOW CAKE LAGII
RAINBOW CAKE a.k.a. KEK PELANGI walau cuma ada 6 warna kali ini menggunakan acuan bulat saiz 8 inci. Ini percubaan kali kedua.
KEK RAINBOW
KEK RAINBOW
Biasa la kali pertama mesti tak berapa memuaskan hati
Biasa la kali pertama mesti tak berapa memuaskan hati
Sapuan fresh cream yang sememeh hehh..heh....